Mana Orang Ni

Jom buka gerai kraft..mari mari


Tuala Bowling

Alhamdulillah dapat rezki daripada LHDN dan MPT Taiping untuk tempahan tuala sempena Perlawanan Bowling pada esok malam. Harap boleh disiapkan dengan segera. Pelangan nak segera, jadi kami kenalah harga segera juga. InsyaAllah kami jaga kualiti mengikut kehendak pelangan.

Semoga hasilnya puas hati yer. Sebarang komentar amat kami hargai 😉


Jom Tag-Tag Beg Sekolah Anak-Anak

Selamat Bersekolah!!

Sesi persekolahan sudah bermula. Mak lah yang paling sibuk pagi-pagi nak siapkan anak masing-masing. Dan mak jugalah yang paling teruja apabila anak nak masuk sekolah, terutama anak yang nak masuk Tahun 1. Si ayah pula mungkin kurang teruja, cool sahaja. hahaha..

Sedar tak sedar cepat sahaja anak dah besar, dah bersekolah dah. Tapi dalam teruja tu, janganlah pula kita lupakan faktor-faktor keselamatan anak-anak. Di sini saya kongsikan tips yang mungkin anda boleh lakukan:.-

  • Letakkan nombor telefon ditempat yang mudah dilihat
  • Berkenalan dengan cikgu, kawan dan ibubapa kawan anak
  • Kenalkan anak dengan pemandu bas atau van sekolah
  • Ajar anak supaya tidak menerima sebarang pelawaan orang yang tidak dikenali
  • Hubungi guru jika ada sebarang kemusykilan
  • Labelkan atau tagkan info diri kita pada anak
Semoga ianya bermanfaat.